Executive Diploma in Engineering Business Management

 

Pengenalan

Program ini adalah suatu program bersepadu yang menggabungkan pengetahuan tiga disiplin ilmu: kejuruteraan, perniagaan dan pengurusan.

Program ini sesuai untuk pekerja separa-professional yang mengimpikan kerjaya pengurusan perniagaan kejuruteraan. Peningkatan kompetensi dikalangan graduan program ini akan menyokong industri perniagaan kejuruteraan untuk dilaksanakan dengan cekap, berinovatif dan menguntungkan.

Kompetensi dan kemahiran yang meningkat ini juga membuka peluang pekejaan baru seperti pengurusan kontrak kejuruteraan, pengurusan dan rantaian penawaran alat-alat kejuruteraan

 

Akreditasi oleh :

 

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

 

Faedah

Setelah tamat program ini, pelajar mampu untuk :

  • Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaan kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah operasi.
  • Mempertingkatkan kebolehan penyeliaan dan pengurusan
  • Memperolehi pengetahuan keusahawanan dan mampu mencari peluang keusahawanan dalam pengurusan perniagaan kejuruteraan.
  • Memperolehi kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin

 

Jangkamasa Pengajian

Tempoh lazim program adalah 7 semester (2 tahun dan 1 semester)

 

Cara Pembayaran Program

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara)