Executive Diploma in Facility Management

 

Pengenalan

Program ini menyediakan pelajar dengan gabungan pengetahuan formal dan praktikal berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan asset bagi pengurusan yang efisien.

Bakal siswazah program ini akan menjadi seowang pekerja yang berwibawa dan mempunyai kemahiran khusus dalam bidang pengrurusan fasiliti dan aset. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti kerja-kerja penyenggaraan dan meningkatkan kitaran hayat harta tanah dan fasiliti

Akreditasi oleh :

 

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

 

Faedah

Setelah tamat program ini, pelajar mampu untuk :

  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah operasi dengan pengetahuan asa dalam bidang pengurusan fasiliti
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran kepimpinan untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin.
  • Bertanggungjawab kepada masyarakat, persekitaran, etika dan sosial. 
  • Meningkatkan keupayaan penyeliaan dan pengurusan melalui pembangunan pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran mengenai isu semasa berkaitan pengurusan kemudahan fasiliti dan harta tanah.

 

Jangkamasa Pengajian

Tempoh lazim program adalah 7 semester (2 tahun dan 1 semester)

 

Cara Pembayaran Program

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara)