Executive Diploma in Occupational Safety & Health Management

 

Pengenalan

Program ini menawarkan pengetahuan menyeluruh YANG BERKAITAN DENGAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping menyediakan pelajar dengan gabungan pengetahuan praktikal dan pembelajaran formal yang diperlukan untuk kerjaya yang lebih memuaskan. Program ini sesuai untuk pekerja dalam pelbagai industri bagi menangani isu-isu dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan

 

Akreditasi oleh :

 

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

 

Faedah

Setelah tamat program ini, pelajar mampu untuk :

  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah operasi dan pengetahuan asas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran kepimpinan untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin.
  • Bertanggungjawab kepada masyarakat, persekitaran, etika dan social.
  • Meningkatkan keupayaan penyeliaan dan pengurusan melalui pembangunan sepanjang hayat pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan semasa pekerjaan dan isu-isu kesihatan dan keusahawanan.

 

Jangkamasa Pengajian

Tempoh lazim program adalah 7 semester (2 tahun dan 1 semester)

 

Cara Pembayaran Program

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara)