Executive Diploma in Occupational Safety & Health Management
PENGENALAN
Program ini menawarkan pengetahuan menyeluruh YANG BERKAITAN DENGAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping menyediakan pelajar dengan gabungan pengetahuan praktikal dan pembelajaran formal yang diperlukan untuk kerjaya yang lebih memuaskan. Program ini sesuai untuk pekerja dalam pelbagai industri bagi menangani isu-isu dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan
AKREDITASI OLEH
Syarat Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.
FAEDAH
Setelah tamat program ini, pelajar mampu untuk :
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah operasi dan pengetahuan asas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran kepimpinan untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin.
Bertanggungjawab kepada masyarakat, persekitaran, etika dan social.
Meningkatkan keupayaan penyeliaan dan pengurusan melalui pembangunan sepanjang hayat pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan semasa pekerjaan dan isu-isu kesihatan dan keusahawanan.
Jangkamasa Pengajian
Tempoh lazim program adalah 7 semester (2 tahun dan 1 semester)